KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 3.2 peratus pada suku ketiga 2023 (S3 TK2023) di tengah-tengah permintaan dalam negeri yang berdaya tahan walaupun berdepan cabaran luar.
Bank itu berkata, penggunaan swasta bertindak sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi berikutan peningkatan kecil 0.6 peratus dalam produktiviti buruh dari tahun ke tahun (y-o-y) pada suku tersebut.
"Ini sejajar dengan kadar penyertaan tenaga buruh, yang kekal tinggi pada 70.1 peratus pada S3 (S2: 70 peratus). Jualan perdagangan pengedaran meningkat lebih kukuh daripada 5.7 peratus pada S2 kepada 6.8 peratus pada S3.
"Walau bagaimanapun, kami berpendapat perbelanjaan pengguna adalah terhad memandangkan gaji sederhana dalam kedua-dua sektor pembuatan (tiga peratus pada S3 berbanding 3.6 peratus pada S2) dan sektor perkhidmatan (3.6 peratus pada S3 berbanding 3.9 peratus pada S2)," katanya dalam nota penyelidikan pada Jumaat.
Bank Islam juga berkata, permintaan luar yang lembap dijangka mengehadkan pertumbuhan dengan eksport menjunam sebanyak 15.2 peratus pada S3 berbanding negatif 11.1 peratus pada S2.
"Daripada pemerhatian, dagangan Malaysia dengan rakan dagangan utamanya menunjukkan penurunan tetapi pulih, iaitu melalui eksport ke AS (S3: negatif enam peratus berbanding S2: negatif 10.5 peratus), Kesatuan Eropah (S3: negatif 6.3 peratus berbanding S2: negatif 20.3 peratus) dan China (S3: negatif 11.5 peratus berbanding S2: negatif 9.2 peratus)," katanya.
Ia berkata, perdagangan luar yang menurun dipercayai disebabkan ketidaktentuan ekonomi global di tengah-tengah persekitaran kadar faedah global yang tinggi, ketegangan geopolitik dan masalah hartanah di China.
"Oleh itu, lebihan dagangan menyusut sebanyak 9.1 peratus pada S3 berbanding negatif 9.2 peratus pada S2, yang mungkin akan menahan angka eksport bersih," katanya.
Bagi suku keempat 2023 (S4 TK2023), Bank Islam berkata, ia menjangkakan KDNK berkembang pada pertengahan dua peratus tahun ke tahun berikutan naratif kadar faedah yang lebih tinggi dalam jangka masa yang lama oleh bank-bank pusat utama dan permintaan global yang melembap, mengheret eksport ke arah aliran negatif yang lebih lama.
Bank itu berkata, ia mengekalkan unjuran KDNK setahun penuh kepada 3.7 peratus, mewakili kelembapan daripada pengembangan 8.7 peratus yang dicatatkan pada 2022, sebahagiannya mencerminkan kesan-kesan asas yang menggalakkan.
"Walaupun sumbangan daripada perdagangan dijangka perlahan berikutan cabaran luaran dengan kelemahan dalam ringgit yang mengheret perdagangan lebih rendah, permintaan domestik akan kekal berdaya tahan disokong oleh keadaan pasaran buruh yang bertambah baik dan inflasi yang mereda.
"Kami menjangkakan pengangguran akan beransur-ansur kembali ke tahap prapandemik, menurun kepada 3.4 peratus pada 2023 daripada 3.8 peratus pada 2022," katanya.
Bank itu menambah, ia juga mengunjurkan inflasi akan menurun kepada 2.7 peratus pada 2023 daripada 3.3 peratus pada 2022 disebabkan sebahagiannya oleh kesan asas yang tinggi dan masalah rantaian bekalan yang semakin berkurangan - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2023
Bank Islam Malaysia menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 3.2 peratus pada suku ketiga 2023 (S3 TK2023) di tengah-tengah permintaan dalam negeri yang berdaya tahan walaupun berdepan cabaran luar. - Gambar hiasan BERNAMA
U-Bes mahu popularkan sukan memanah berkuda di luar Pantai Timur
Marwan berkata, sukan memanah berkuda ketika ini belum popular di negeri-negeri lain kecuali di negeri Pantai Timur sahaja.
Penternak akuakultur digesa daftar GeoAgro sebelum mohon BUDI MADANI
Hanya 1,232 penternak akuakultur berdaftar telah memohon untuk mendapatkan sumbangan susulan penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerajaan.
Pengundi Iceland pilih Presiden baharu, bekas Perdana Menteri turut bertanding
Penyandang yang sangat popular, Gudni Johannesson, tidak bertanding semula selepas dua penggal memegang jawatan presiden.
Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.
Banjir di selatan Jerman: Helikopter digunakan untuk selamatkan penduduk
Sebuah daik dan empangan juga runtuh akibat banjir dan memerlukan pemindahan.
Bangunkan potensi pelancongan, pertanian desa Sabah melalui koperasi - Ewon
Setakat ini sebanyak 48 koperasi terlibat dalam sektor pelancongan dan pertanian desa di Sabah dengan jumlah perolehan terkumpul RM8.3 juta.
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
MIDF Research: KDNK Malaysia diunjur berkembang 4.7 peratus pada 2024
MIDF Research mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia mengukuh kepada 4.7 peratus tahun ini, dengan mengambil kira pemulihan perdagangan luar.
Bank Islam menjangkakan KDNK Malaysia bagi S3 berkembang 3.2 peratus
Bank Islam menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 3.2 peratus pada suku ketiga 2023 (S3 TK2023).
IMF: KDNK Malaysia dijangka meningkat 4.3 peratus pada 2024
KDNK sebenar Malaysia dijangka berkembang 4.3 peratus pada 2024, meningkat daripada pertumbuhan 4.0 peratus yang diunjurkan untuk 2023.
Kerugian sumbangan KDNK RM346 juta pada 2040 jika dasar GEG dilaksana - Oxford Economics
Dasar Generasi Penamat (GEG) dijangka mengakibatkan kerugian sehingga RM346 juta kepada KDNK negara menjelang 2040 sekiranya dilaksanakan.
Unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia 4.0 peratus munasabah - Penyelidikan
Moody's Analytics berpandangan unjuran pertumbuhan empat peratus bagi Malaysia untuk tahun ini adalah munasabah bagi negara-negara di rantau ini.
Penganalisis unjur KDNK 2023 tumbuh pada 4.0-4.3 peratus
Penganalisis mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang antara 4.0 peratus hingga 4.3 peratus bagi 2023.
RM1.37 trilion pelaburan langsung domestik diluluskan sejak 2013 - Tengku Zafrul
Pelaburan langsung domestik (DDI) kekal sama pentingnya kepada MITI walaupun tumpuan diberikan kepada pelaburan langsung asing (FDI) yang semakin pulih sejak pandemik COVID-19.
Penyusutan ringgit: Kerajaan belum cadang semak semula unjuran pertumbuhan ekonomi - Rafizi
Kerajaan belum bercadang untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara tahun ini susulan penyusutan mata wang ringgit dua minggu kebelakangan ini.
Malaysia tidak terjerumus dalam kemelesetan ekonomi - Gabenor BNM
Antara faktor positif tersebut adalah disebabkan oleh pengukuhan dalam permintaan domestik, peluang pekerjaan dan pelaburan.
KDNK Malaysia dijangka catat pertumbuhan tertinggi di ASEAN - Firma penyelidikan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan mencecah 8.4 peratus bagi tahun kewangan 2022 berbanding 3.1 peratus pada 2021.